Friday, December 19, 2008

SALAKAN KEPADA MUSA AMAN

Semangat Tasu & Co.
No.007, Tkt.3,
Bangunan Belum Siap,
Jln Bengkok ,
89108 Kota Marudu
SABAH.

_____________________________________________________________

Ruj. tuan :
Ruj. kami : Tasu/(SALAK)/(08) - (01)
Tarikh : 20.12.2008


Kepada: Musa Aman Bin Damai
Kota Kinabalu

Encik,

PER: BAGUS TURUN SEBELUM KANA JULUK

Ong...onggg....onggggg...

Kami tingu encik talampau lama bagayut di atas pokok jambu itu dan barabis makan satu orang. Kau kasi kami pun yang sudah dimakan bosing (tupai) atau bakas-bakas gigitan kau. Padahal itu jambu kitorang sama-sama tanam itu masa 1963.

Onggggg.....

2. Kami sudah sedia ponjuluk kasi jatuh kau. Baguslah turun sekarang. Poket baju, poket seluarmu sudah panuh dengan jambu. Tidak abis kau makan sampai mati.

Perhatianmu memang ditagih dan tidak perlu kami ucap terima kasih. sepatutnya kau yang ucap jutaan terima kasih kepada kami sebab kami yang kasi tangga untuk kau naik itu jambu.

Yang lebih benar dari kau,

............................................
(TASU ANAK SINGA)
b/p penduduk semua.

s.k : 1. BpR (Planet Marikh)
2. PdRm (Planet Mustyri)

(Ini adalah taipan komputer. Tanda tangan tidak diperlukan)

2 comments:

  1. Macamna sdr boleh terfikir konsep blog begini? Nama sdr pun unik. Jangan lampau merendah diri sdr...

    ReplyDelete
  2. BEtul2 unik lah ini blog...Siap ada Memo lagi.. Teruskan membelog sekiranya apa yang mau diluahkan ada baiknya untuk diri dan masyarakat..

    ReplyDelete