Tuesday, December 30, 2008

AYAM MATI YANG...

ADA Seekor ayam jantan yang dipanggil ayam mati tapi masih juga dipelihara di P168 Kota Marudu. Ini ayam sudah lama jadi ketua ayam mati tapi inda pndai mati-mati atau dijual. Talampau buduh betul para pemiaranya di ulu-ulu di bukit-bukit.

Hairan kami sebab bnyak lagi sabungan lain tapi tidak diberi peluang. Kononnya ayam mati ini ayam siam ayam import yang bagus baka bagus taling tapi mana ada taling. Menaling orang adalah. Mana ada baka? Mana ada telur? Bagus dikasi sup saja . Sup "MAX PRU-13"...

Sedap sampai menjilat ibu jari.
ONGGGG....ONGGGGGG....ONGGGGG....

Monday, December 29, 2008

KEPALA SWIT SI MATIMUS ONG ONG...

Kami baru mengayau tengok kapala sawit seorang taukeh basar bernama matimus ong-ong cina makau. Bukan main basar itu kabun sawitnya sampai kami sempat sesat. Untung kami kaum anjing ada deria kuat.
Sampat kami tanya om-om yang kerja di kabunnya. Mereka kata mereka umama hamba abdi. Dikurung takut bocorkan rahsia. Itu kabun juga kena pagar ada security. Tapi kami dengan senang-senang dapat masuk ikut tepi-tepi. Basar mari kie kabun kapala sawit si matimus ong-ong.

ONGGGGGGGGGGG......
SALAK!!!

Saturday, December 27, 2008

SEDANG JEJAK wANITA


Aku ditugaskan untuk menjejak seorang wANITA separuh umur kerana dia berhutang janji sama orang-orang kampung. Puas sudah cari di ibu kota dan merta-rata tempat tapi tidak jumpa. mau cari di luar negeri tapi pasport sudah expired. Tpi aku yakin dapat jejak dia juga sebab ada anak-anak anjing yang aku pasang sana-sini.

kalau anda nampak wANITA tua itu, kasi tau cepat-cepat.

Aku akan segera Selak ops SALAK si tua itu.

Friday, December 26, 2008

JACK SNIPER BARU TAMAT ILMU SINDAAT...


Gambar: Zack Sniper.
(Tamat perguruan KUNTAU dan SANTAU...)

Tahniah kepada "Zack sniper " yang diwartakan sudah mengayau mancari-cari ilmu di sana-sini khusus untuk peluru jarak jauhnya. Sebagai BOSS...saya cukup-cukup tabik sama si Zack sebab sanggup bersusah payah keliling ini Sabah. Alasan si Zack, salakan saja tidak cukup. Mau gigit pun susah juga sebab pagar rumah penjahat bangsa itu berlapis-lapis. Di luar pagar ada OM security. Di pintu rumah pun ada guard. Di dalam rumah ada BODYGUARD. Dalam kamar ada BINI KUAT...





Well done Zack!

Wednesday, December 24, 2008

YONG KA CAU...

"T003 kepada BOSS...Orang busuk. Gred Referance Likas, KK...bla...bla"

Agen kami yang jalan-jalan di KK melaporkan bahawa dia dengar orang-orang bandar meluat & benci sama seorang manusia bernama YONG KA CAU. Ini Yong dulu orang ada kuasa tapi tidak banyak mulut tapi sibuk cari pengisi mulut dan penutup mulut. Bila sudah turun, baru dia bising-bising, minta sokongan, minta perhatian. Baguslah dia turun padang. Kita tengok dia pandai main bola atau tidak. Dan kita tengok peminat di Likas kasi sorakan atau baling dengan botol mineral...





Kalau tanya grup kami: SALAK + GIGIT = MASUK SEPITAL...

ADA KATAK MAU LOMPAT...


Ada kawan spesis macam kami juga iaitu anjing dari "Kulit Batu" (Kod penyamaran) melaporkan bahawa ada katak mau lompat tapi tidak jadi sebab dia jadi bos dalam tempurungnya. Dilaporkan kalaulah jadi mereka mau cari tempurung baru. Apa punya katak tapi biasalah katak memang begitu.

Kawan-kawan kami sedang cari jalan gigit itu katak sebelum membuat lebih banyak angkara dusta yang boleh merugikan oang ramai yang tidak berdosa.

Agen perisikan sedang mengawasi penjahat-penjahat yang pakai smart tapi otak jahat. Kalau jumpa kami salak dan kalau temberang juga akan digigit ramai-ramai.

Saturday, December 20, 2008

UNTUK SIAPA SAYA MENYALAK?


Untuk siapa saya menyalak? Tentulah untuk orang ramai. Kalau untuk saya sendiri, tidak perlu. saya boleh cari makan di sana-sini. Orang sekarang suka buang makanan di sana-sini. rezki saya banyak. Saya kasihan orang kebanyakan sebab dalam msyarakat manusia ramai manusia berwatak binatang. Kami kaum anjing pantang nampak binatang, air liur keluar. MAU SALAK MAU GIGITTT!!! ong ong ong...Grrrrrrrrrr....
Kalau ada sesiapa tahu ada "binatang" yang liar dan ganas, sound saja, biar aku salak, kejar, gigitttt.....GRRRRRRR....

KENAPA MAKIN BANYAK ANJING MENYALAK?


anjing bukan sambarang anjing,
anjing datang dari tarakan,
bukan salak sebarang bising
salak berisi racun damakan.
Saya antara anjing di Malaysia yang sudah lama mahu menyalak tapi tiada medium untuk menyalak. Bru-baru ini ada kawan ajar saya bikin blog. Ngamlah "dog menyalak dalam blog".
Kanapa makin banyak anjing? sebab banyak manusia bersifat binatang. anjing kan suka menyalak binatang. kaum kami memang jenis anjing bawa mmemburu. habislah siapa-siapa yang bersifat binatang. yang main macam binatang, yang cari rezeki macam binatang, yang bergaduh macam binatang dan apa sajalah.
ASAL BINATANG, KAMI SALAK. kong kong kong...

Friday, December 19, 2008

SURAT TUNJUK SEBAB KEPADA CYB ANI TA BA

PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG
KOTA MARUDU, SABAH
LOCED BAG 123, 89108 KOTA MARUDU
(Tel: 088-66112345/3455)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami : PPK/KK/SAB-ADU(003)
Tarikh : 07.07.07
PN ANI TA BA,
Kg. Popol Laut
Puan,
TUNJUK SEBAB TIDAK BALIK KAMPUNG
Puan adalah diarah merujuk perkara di atas.
02. Pihak kami menerima talampau banyak aduan bahawa semanjak puan dapat durian runtuh, puan tidak balik-balik kampung sudah padahal kamu juga orang kampung biasa dulu.
03. Penduduk mau juga ampit-ampit itu durian yang runtuh. Mereka mengadu kamu juga tidak tahu buat kerja di ladang durian. Apa macam durian mau banyak hasil.
04. Kamu diarah beri tunjuk sebab semua aduan orang kampung ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini dikaluarkan.
Harap maklum,
YB,
(Mataku Biru Bin Rambulan)
Pengerusi

SURAT SOGIT ORANG KAMPUNG KEPADA MARIMUS

Haribulan : 17.10.2008

k.k Kg. salak sampar, kota marudu

kapada,

En. Marimus John Ongkilan
kg. Tambunani Laut.

Encik,

PARKARA: SOGIT MAKAN GARIT TANAH KAMPUNG

Ramai orang kampung mangadu sama sia bahawa anda telah masuk garit sampadan tanah orang-orang kampung.

02. Olih yang demikian saya menganakan danda sabagaimana kebiasaan adat istiadat penduduk di sini iaitu anda kanalah menyarahkan samula tanah yang dimakan garit sarta membari sogit satu ekor babi cukup besar. Jika sakiranya kamu bulih kasi satu ekor payau lagi bagus. sambil itu, kamu juga dikahandaki pulang ke kampungmu karana ramai yang komplin kamu mengakibatkan banyak masalah di sini.

sakian dimaklumkan.


saya yang tidak suka ikut2 perintah,


(k.k Gintakan Lawoi)

MEMO KEPADA NAJIBULAH

MEMO
Ruj tuan:
Ruj. Kami:
Tarikh:
Kepada : En. Najibulah anak Baik

____________________________________________________________________

[/] Perhatian

[/] Tindakan

Memo: Sila bersihkan najis-najis anjing, kucing dan ayam yang ada di merata-rata sebelum masuk rumah baru itu. Kalau tidak, encik akan tidak selesa tinggal di situ. Hujung-hujung encik tidak mau tinggal lama-lama. Selamat pindah rummah baru di taman sri perdana, kg. ulu kukut.

Yang benar,

[TASU ANAK SINGA]

SALAKAN KEPADA MUSA AMAN

Semangat Tasu & Co.
No.007, Tkt.3,
Bangunan Belum Siap,
Jln Bengkok ,
89108 Kota Marudu
SABAH.

_____________________________________________________________

Ruj. tuan :
Ruj. kami : Tasu/(SALAK)/(08) - (01)
Tarikh : 20.12.2008


Kepada: Musa Aman Bin Damai
Kota Kinabalu

Encik,

PER: BAGUS TURUN SEBELUM KANA JULUK

Ong...onggg....onggggg...

Kami tingu encik talampau lama bagayut di atas pokok jambu itu dan barabis makan satu orang. Kau kasi kami pun yang sudah dimakan bosing (tupai) atau bakas-bakas gigitan kau. Padahal itu jambu kitorang sama-sama tanam itu masa 1963.

Onggggg.....

2. Kami sudah sedia ponjuluk kasi jatuh kau. Baguslah turun sekarang. Poket baju, poket seluarmu sudah panuh dengan jambu. Tidak abis kau makan sampai mati.

Perhatianmu memang ditagih dan tidak perlu kami ucap terima kasih. sepatutnya kau yang ucap jutaan terima kasih kepada kami sebab kami yang kasi tangga untuk kau naik itu jambu.

Yang lebih benar dari kau,

............................................
(TASU ANAK SINGA)
b/p penduduk semua.

s.k : 1. BpR (Planet Marikh)
2. PdRm (Planet Mustyri)

(Ini adalah taipan komputer. Tanda tangan tidak diperlukan)